Thursday 9 August 2012

FEQAH TAHUN 5 (PUASA) : SYARAT-SYARAT & RUKUN PUASA


SYARAT WAJIB PUASA
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Aqil
  4. Mampu Berpuasa
  5. Suci daripada Haid dan Nifas
  6. Bermukim
Penerangan  :-

ISLAM - Semua orang yang mengaku dirinya beragama Islam WAJIB berpuasa.

BALIGHDalam Bahasa Arab, baligh bererti sudah sampai. Maka baligh dapat diertikan sebagai anak yang telah sampai masanya.


AQIL - Iaitu orang yang berakal dan bukan gila.


MAMPU BERPUASA - Puasa diwajibkan ke atas Muslim yang mampu melaksanakannya.


SUCI DARI HAID & NIFAS - Diharamkan berpuasa bagi Muslim yang kedatangan Haid dan nifas.


BERMUKIM - Bukan bermusafir kerana orang yang musafir dibolehkan untuk berbuka.




SYARAT SAH PUASA
  • Islam
  • Niat
  • Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
  • Suci daripada haid dan nifas

Penerangan  :-


ISLAM  - Mestilah beragama Islam. Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad.

NIAT - Bagi puasa wajib, niat harus ditetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya. Di dalam hadith yang  diriwayatkan oleh penyusun Kitab-kitab Sunan, Nabi s.a.w ada bersabda :

"Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya."



MENAHAN DIRI DARI PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA - Iaitu menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq sehingga terbenam matahari seperti makan dan minum.

SUCI DARI HAID & NIFAS - Orang yang berpuasa mestilah suci dari haid dan nifas.


RUKUN PUASA

NIAT                     = Bermula daripada terbenam matahari hingga Terbit Fajar.

MENAHAN DIRI  = Daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.


LAFAZ NIAT PUASA



No comments:

Post a Comment

:: SILATURRAHIM ::