Thursday, 9 August 2012

KALAM UTAMA



Salam ukhuwah, salam mahabbah !

Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa, maka blog ini dapat dicipta..

Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih Yang Maha Penyayang, blog ini mula mengorak langkahnya..

Alhamdulillah, semoga pengisian blog ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama..


Akhir kalam, jutaan kemaafan kiranya ada salah silap serta kekurangan dalam penghasilan blog ini..

Semoga segala apa yang kita lakukan dan laksanakan akan sentiasa di redhai...

Wallahu a`alam

FEQAH TAHUN 5 (PUASA) : SUNAT, MAKRUH & BATAL KETIKA BERPUASA


PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA



  1. Menyegerakan berbuka Puasa
  2. Melewatkan makan sahur
  3. Berbuka puasa dengan buah Tamar
  4. Membaca Doa sebelum berbuka
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat
  6. Memperbanyakkan melakukan amal kebajikan
  7. Memperbanyakkan Bersedekah
Mari saksikan video menarik ini:




PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA



Di antara perkara-perkara yang makruh ketika berpuasa :
  1. Mandi terlalu kerap
  2. Tidur sepanjang hari
  3. Menggosok gigi selepas gelincir matahari
  4. Merasa makanan dengan lidah
  5. Berkumur berlebihan
  6. Bercakap perkara-perkara buruk dan keji

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA



  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Keluar darah haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak)
  3. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga 
  4. Muntah dengan sengaja
  5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
  6. Bersetubuh disiang hari
  7. Pengsan sepanjang hari
  8. Murtad
  9. Gila walaupun sebentar
  10. Berbuka sebelum yakin masuk waktu maghrib

FEQAH TAHUN 5 (PUASA) : SYARAT-SYARAT & RUKUN PUASA


SYARAT WAJIB PUASA
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Aqil
  4. Mampu Berpuasa
  5. Suci daripada Haid dan Nifas
  6. Bermukim
Penerangan  :-

ISLAM - Semua orang yang mengaku dirinya beragama Islam WAJIB berpuasa.

BALIGHDalam Bahasa Arab, baligh bererti sudah sampai. Maka baligh dapat diertikan sebagai anak yang telah sampai masanya.


AQIL - Iaitu orang yang berakal dan bukan gila.


MAMPU BERPUASA - Puasa diwajibkan ke atas Muslim yang mampu melaksanakannya.


SUCI DARI HAID & NIFAS - Diharamkan berpuasa bagi Muslim yang kedatangan Haid dan nifas.


BERMUKIM - Bukan bermusafir kerana orang yang musafir dibolehkan untuk berbuka.




SYARAT SAH PUASA
  • Islam
  • Niat
  • Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
  • Suci daripada haid dan nifas

Penerangan  :-


ISLAM  - Mestilah beragama Islam. Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad.

NIAT - Bagi puasa wajib, niat harus ditetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya. Di dalam hadith yang  diriwayatkan oleh penyusun Kitab-kitab Sunan, Nabi s.a.w ada bersabda :

"Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya."



MENAHAN DIRI DARI PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA - Iaitu menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq sehingga terbenam matahari seperti makan dan minum.

SUCI DARI HAID & NIFAS - Orang yang berpuasa mestilah suci dari haid dan nifas.


RUKUN PUASA

NIAT                     = Bermula daripada terbenam matahari hingga Terbit Fajar.

MENAHAN DIRI  = Daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.


LAFAZ NIAT PUASA



KOLEKSI HADITH TENTANG PUASA

Koleksi Hadith tentang Ibadah Puasa yang sahih Bukhari dan Muslim : 

1)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah."

2)   Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah RA, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.

3)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."

4)   Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan." 

5)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

6)   Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.

7)   Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.

8)   Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya." 

9)   Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."

10)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

11)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

12)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."

13)   Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

14)   Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

15)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

16)   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 


Sumber blog : http://www.rahmanbashri.com/2012/07/hadis-tentang-puasa.html


:: VIDEO : 30 Hadith for Ramadhan ::

FEQAH TAHUN 5 (PUASA) : ERTI, HUKUM & DALIL

PENGERTIAN PUASA

Erti puasa ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Berpuasa ringkasannya dari segi bahasa bermakna : menahan diri daripada melakukan sesuatu.
Sebagaimana ayat :-


Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]

HUKUM
Puasa pada bulan Ramadhan hukumnya Fardu Ain.
(Wajib ke atas Setiap Muslim yang telah Baligh, Berakal dan Mampu berpuasa)

DALIL

Seperti yang telah termaktub di dalam Al-Quran bahawa Puasa merupakan kewajipan kepada setiap orang Islam berdasarkan kepada Al-Quran , Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Firman Allah Taala berbunyi :



Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.[Surah Al-Baqarah, Ayat : 183]


Tahukah Anda!!

Puasa juga adalah dengan menahan Mata, Mulut dan Telinga daripada melakukan perkara yang boleh mengurangkan Pahala Puasa..


Monday, 6 August 2012

MARHABAN YA RAMADHAN !!




Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah di bulan penuh barakah ini..

Semoga perjalanan kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diredhai dengan kehadiran Ramadhan kali ini...




:: VIDEO : Ramadhan - pesan Rasulullah ::


Salam ibadah !!!

.:. PEMBUKA BICARA .:.





Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman ! telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa".                                                                                                                                    
( Surah Al-Baqarah : ayat 183 )




Maksudnya:

"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa di antara kamu  menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur."                                                                    
                                                                        ( Surah Al Baqarah : ayat 185 )

:: SILATURRAHIM ::