SYARAT WAJIB PUASA
- Islam
- Baligh
- Aqil
- Mampu Berpuasa
- Suci daripada Haid dan Nifas
- Bermukim
ISLAM - Semua orang yang mengaku dirinya beragama Islam WAJIB berpuasa.
BALIGH - Dalam Bahasa Arab, baligh bererti sudah sampai. Maka baligh dapat diertikan sebagai anak yang telah sampai masanya.
AQIL - Iaitu orang yang berakal dan bukan gila.
MAMPU BERPUASA - Puasa diwajibkan ke atas Muslim yang mampu melaksanakannya.
SUCI DARI HAID & NIFAS - Diharamkan berpuasa bagi Muslim yang kedatangan Haid dan nifas.
BERMUKIM - Bukan bermusafir kerana orang yang musafir dibolehkan untuk berbuka.
SYARAT SAH PUASA
- Islam
- Niat
- Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
- Suci daripada haid dan nifas
Penerangan :-
ISLAM - Mestilah beragama Islam. Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad.
NIAT - Bagi puasa wajib, niat harus ditetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh penyusun Kitab-kitab Sunan, Nabi s.a.w ada bersabda :
"Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya."
SUCI DARI HAID & NIFAS - Orang yang berpuasa mestilah suci dari haid dan nifas.
RUKUN PUASA
NIAT = Bermula daripada terbenam matahari hingga Terbit Fajar.
MENAHAN DIRI = Daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
LAFAZ NIAT PUASA
No comments:
Post a Comment